PENGENALAN telah memperkenalkan dasar pecah dan perintah bagi

PENGENALAN

Rusuhan kaum yang berlaku di Tanah Melayu bermula
semasa pendudukan British di Tanah Melayu pada tahun 1786. Pendudukan pihak
British bermula melalui pertapakannya di Pulau Pinang dan sehingga ke
negeri-negeri di Tanah Melayu yang lain. Ketika itu kedudukan ekonomi begitu
kukuh menyebabkan berlaku kedatangan imigran atas galakan daripada pihak
British tanpa sekatan dan halangan. Pemerintahan British telah memperkenalkan
dasar pecah dan perintah bagi mengelakkan berlakunya penyatuan kaum dengan
mengasingkan dari segi pekerjaan, tempat tinggal, persekolahan, dan ekonomi
mengikut kaum.1
Sehubungan itu, kedatangan Jepun telah merumitkan lagi keadaan hubungan dingin
antara kaum di Tanah Melayu terutama di antara orang Melayu-China. Pihak Jepun
memberikan layanan yang berbeza terhadap kaum etnik di Tanah Melayu iaitu
layanan baik bagi kaum Melayu dan India serta layanan buruk terhadap orang
Cina.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Penderitaan orang Cina terhadap kezaliman Jepun
telah menyebabkan ramai dalam kalangan mereka melibatkan diri dalam MPAJA
(Malayan People Anti Japanese Army) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga.2
Hal ini menyebabkan seluruh kaum di Tanah Melayu tidak mempunyai hubungan yang
baik dan erat. Apabila kekalahan Jepun pada ogos 1945, MPAJA telah keluar dari
tempat persembunyian mereka di hutan dan datang bermaharajalela di
bandar-bandar dan kampung-kampung di merata negeri melayu, terutamanya di
negeri Perak, Pahang, Kedah, dan Selangor untuk membalas dendam.3
Persembunyian MPAJA di hutan, mereka mempunyai khemah khas untuk askar-askar
anti-Jepun yang tinggal di Hulubalang. Terdapat 10 buah khemah atau rumah rumah
beratap rumbia tetapi tidak mempunyai dinding.4 Di
pertapakan khemah mereka terdapat padang latihan , padang bola keranjang dan
sebuah generator serta pusat simpanan senjata. Setiap orang diberi tugas secara
bergilir-gilir seperti memasak, berkawal, berkawad, dan sebagainya.Gerakan
MPAJA ini telah melakukan penganiayaan dan kekejaman terhadap penduduk yang
dikatakan melakukan jenayah dengan bekerjasama bersama pihak Jepun. MPAJA telah
melakukan serangan gerila kejam. Mereka bukan sahaja menyerang Jepun tetapi
meminta sebarang arahan atau suruhan sebanyak tiga kali kalau tidak diseret ke
hutan dan dibunuh.5
Tambahan pula, mereka menyatakan bahawa hanya mereka yang berhak memegang
tampuk kerajaan selepas pengunduran tentera Jepun. Ketika itu Tanah Melayu
berada di Zaman Interregnum iaitu bermaksud kekosongan kuasa menyebabkan MPAJA
hendak mengambil alih kuasa tersebut. Ketika pemerintahan Jepun, orang Melayu
dianggap bekerjasama dengan pihak Jepun dan ini menyebabkan orang Cina ingin
membalas dendam. Selama empat belas hari orang Melayu memendam perasaan dendam
terhadap orang Cina. Terdapat pelbagai punca pencetus kepada pergaduhan
Melayu-Cina dan bagaimana Islam berperanan dalam pergaduhan kaum yang berlaku
di beberapa negeri di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun.

 

FAKTOR PENCETUS
PERGADUHAN KAUM

1) Dasar Penjajahan Barat Yang Tidak Seragam

Dasar ini dapat dilihat bermula
semasa pendudukan British membawa kemasukan golongan imigran seterusnya
mencetuskan perbalahan kaum tersebut di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun
pula. Dasar penjajahan Barat akibat ketidakseimbangan komposisi kaum yang
sengaja dibina membawa kepada layanan yang berbeza mengikut etnik.6
Hubungan kaum di Tanah Melayu telah dipisahkan oleh faktor ekonomi, tempat
tinggal, sistem pendidikan, pekerjaan, dan latar belakang yang berbeza. Kesan
daripada perbezaan kerjasama inilah menyebabkan orang Cina merasa begitu marah
terhadap orang Melayu. Oleh itu, muncul gerakan yang dinamakan sebagai Bintang
Tiga yang bermaksud mewakili tiga kaum di Tanah Melayu iaitu kaum Melayu, Cina
dan India. Pertelingkahan etnik Melayu-Cina bermula disebabkan oleh sikap
anti-Jepun orang Melayu dan Cina. Dasar Jepun yang gagal mengambil kira
kemajmukan Tanah Melayu ketika itu telah menyebabkan buat pertama kalinya
berlaku pergaduhan di antara orang Melayu-Cina di Batu Pahat, Johor.7
Oleh itu, situasi yang sedemikian ini menyebabkan kaum di Tanah Melayu telah
berlaku pertelingkahan.

 

2) Pencabulan Orang Cina Terhadap Kesucian Islam

Faktor seterusnya ialah isu
pencabulan orang Cina terhadap kesucian Islam. Mereka sering kali menjadikan
rumah ibadat sebagai tempat bermesyuarat orang Cina. Masjid telah dicemari
dengan kejadian seperti menyembelih khinzir.8
Manakala, ruang masjid dijadikan tempat memasak daging khinzir dan orang Melayu
dipaksa untuk menyertai mereka. Malah, kekejaman dilihat apabila al-Quran turut
dijadikan alat pengesat najis. Kawasan masjid di Air Hitam, Muar juga telah
digunakan bagi menyembelih khinzir dan menyebabkan masyarakat setempat
terganggu daripada menjalankan ibadat.9
Pada 18 Julai 1947, Mejar Cock telah menggunakan al-Quran dalam majlis angkat
sumpah kepada semua belia Islam yang menyertai tentera British.10
Belia Islam yang direkrut yang beragama Islam harus memegang al-Quran dengan
menggunakan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan dalam keadaan melafazkan
ikrar. Tindakan ini menimbulkan perasaan marah dalam kalangan Sultan dan orang
Islam di Tanah Melayu. Melihat kepada perlakuan tersebut jelas bahawa berlaku
pencabulan ke atas kesucian Islam. Oleh itu, masyarakat Melayu mula memikirkan
peranan yang perlu dilakukan terhadap penindasan ini.

 

3)
Orang Cina Menaruh Prasangka Buruk Terhadap Orang
Melayu

Isu lain dapat dilihat apabila
orang Cina menaruh prasangka buruk terhadap orang Melayu. Sehinggakan apabila
orang Islam berkumpul di surau atau masjid untuk bertahlil menyebut ‘La Illa Ha
Il Allah’ mereka menyangka orang Melayu menyebut ‘Lai La’ iaitu ‘marilah’.11
Orang Cina menyangka bahawa orang Melayu menyeru hantu atau semangat orang
Melayu yang mati dibunuh olehnya datang membalas dendam. British menganggap
tindakan tersebut sebagai ancaman kepada mereka dan mereka berasa takut. Oleh
itu, berlaku pergaduhan antara sesama mereka. Keadaan ini jelas melihat sikap
Bintang Tiga yang melakukan serangan dan penindasan terhadap orang Melayu tanpa
usul periksa tujuan tahlil tersebut diadakan. Buktinya, di Mukim Gajah dalam
pertengahan bulan Disember 1945 berlaku kejadian membakar rumah orang-orang
Melayu, 10 buah rumah dibakar oleh orang Cina pada satu malam ketika penghuni
sedang nyenyak tidur.12

 

4) Serangan Gerila

Seterusnya punca berlakunya
percetusan kaum ialah serangan gerila iaitu tentera Bintang Tiga melarang orang
Melayu berkumpul di surau atau masjid. Hal ini terbukti semasa bulan umat Islam
sedang menjalankan ibadah berpuasa iaitu ketika ingin mengerjakan sembahyang
terawih dan beribadat serta berjemaah. Hal ini telah menganggu orang Islam
untuk melakukan ibadah di masjid. Orang Melayu turut di ancam ketika sedang
mengerjakan ibadah sembahyang Jumaat. Peristiwa 6 Mac 1946 telah meninggalkan
kesan yang mendalam khususnya kepada penduduk Melayu di Kampung Bekor. Hal ini
terbukti seramai 80 orang Melayu termasuk kanak-kanak telah dibunuh dan
dianggarkan berlaku selama dua jam. Beberapa buah surau dan masjid yang dahulunya
sentiasa dipenuhi pada waktu Maghrib dan Isyak tidak lagi dikunjungi lantaran
jaga keselamatan rumah tangga dan keluarga di rumah masing-masing.13

 

5) Orang Cina Mempersendakan Agama Islam

Punca selanjutnya, orang Cina telah mempersendakan
agama orang Melayu iaitu agama Islam. Bintang Tiga telah mula menghukum
penduduk-penduduk kampung khususnya terhadap orang Melayu. Misalnya, orang
Melayu telah diikat kaki dan tangannya serta dimasukkan ke dalam guni
kemudiannya dicampakkan ke dalam laut hidup-hidup. Orang Cina juga sering
menyampaikan khabar angin yang tidak baik bagi memburukkan orang Melayu. Selain
itu, mereka juga telah dikatakan membawa budaya berjudi dan minum arak. Budaya
ini akan memburukkan imej orang Islam sehingga mereka ini dikatakan telah mempengaruhi
orang Islam untuk terlibat dalam budaya kotor ini. Begitu juga dengan budaya
pelacuran bermula pada abad ke-16, muncul kegiatan pelacuran yang melibatkan
hamba-hamba wanita kepunyaan raja atau pembesar untuk memenuhi tuntutan yang
pelbagai daripada pengunjung Eropah dan Cina.14
Masjid juga telah dijadikan sebagai tempat kelab mereka. Bintang Tiga ingin
mengubah waktu sembahyang Jumaat pada hari ahad untuk melaraskan Melayu, Cina
dan India mengadakan upacara sembahyang di hari yang sama. Bukti tersebut jelas
menunjukkan mereka ini telah mempersendakan ajaran Islam.

 

PERANAN ISLAM DALAM PERGADUHAN KAUM

1) Peranan Golongan Ulama Dan Pemimpin
Agama

Peranan Islam dalam membaik pulih
pergaduhan kaum jelas dilihat dalam peranan golongan ulama dan pemimpin agama.
Pengaruh Islam dalam konteks perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu adalah
menonjol lebih-lebih lagi kerana perjuangan awal nasionalisme Melayu adalah
dipelopori oleh tokoh-tokoh dan pemimpin agama, atau mereka yang berjiwa agama.15
Mereka ini sanggup berkorban segala-galanya semata-mata untuk melaksanakan
tuntutan Allah S.W.T. Ulama dan pemimpin agama ini berperanan sebagai ejen
perubahan dan role model kepada masyarakat. Pada abad ke-19, golongan ulama dan
pemimpin agama telah muncul di serata negeri di Tanah Melayu seperti
Terengganu, Kelantan, Kedah, Pahang, Perlis, Perak, dan Pulau Pinang. Antara
tokoh ulama yang terkenal ialah Syeikh Haji Fadhil al-Banteni.Tokoh paling
tersohor misalnya, seorang Muslim iaitu Haji Salleh bin Abdul Karim yang tinggal
di Parit Maimon, Simpang Kiri, Batu Pahat, menjadi panglima Tentera Sabil
Selendang Merah bertujuan untuk menyekat kemaraan tentera Bintang Tiga. Beliau
bekerja keras untuk mempertahankan kehidupan orang Melayu pada ketika itu.
Penglibatan beberapa ulama tempatan seperti Tuan Haji Salleh bin Abd Manaan,
Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdul Manan, dan Tuan Haji Shahbuddin bin Lebai
Sulaiman Bakul telah berjaya membawa perubahan baru di Kampung Bekor. Mereka telah mengubah persepsi
penduduk Melayu Bekor terhadap orang Cina dan berjaya menyatukan penduduk
tersebut.

 

2) Menyuntik Semangat Jihad

Selain itu, peranan ulama dan
pemimpin agama di negeri-negeri Melayu adalah untuk menyuntik semangat jihad
dalam kalangan penduduk. Pendekatan agama digunakan sebagai paksi utama dalam
gerakan menentang penjajah pada kurun ke-19.16
Mereka bertanggungjawab dalam menyalakan api semangat anti-Cina dalam kalangan
orang Melayu. Pengisytiharaan perang jihad setelah berlaku kemarahan orang
Melayu melawan tentera Bintang Tiga. Misalnya, Tuan Haji Ugoh bin Haji Mohd
Said mengetuai peperangan dan bersama penduduk kampung bersiap sedia
mempertahankan kampung mereka. Hal ini disebabkan Masjid di Parit 6 C, Sungai
Manik, Perak mahu dijadikan bilik gerakan dan Dewan Drama oleh Bintang Tiga.

 

3) Ilmu Tarekat Dan Ilmu Halimunan

Ilmu ini menjadi sebahagian
daripada amalan dalam masyarakat melayu. Ilmu tarekat bermaksud jalan atau
cara-cara untuk mempertingkatkan iman, taqwa dan seterusnya mendapat keredhaan
Allah. Tarekat ini dilambangkan sebagai ingatan dan fikiran yang kuat untuk
mengingati Allah dan perjalanan menuju ke sesuatu yang damai. Menurut Syed
Naquib al-Attas, dua tarekat yang terkenal dan di amalkan dalam kalangan
masyarakat Melayu ialah qadariyyah dan naqshabandiyyah. Antara guru Tarekat Qadiriyyah yang
terkenal ialah Syeikh Abdullah bin 
Mustafa di Kampung Parit Maimun, Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor.
Di samping itu, pengamalan ilmu halimunan dibawa oleh Tuan Guru Haji Abbas di Sungai
Choh, Hulu Selangor. Oleh itu, kedua-dua ilmu ini begitu penting bagi membantu
orang Melayu mempertahankan kesucian agama Islam.

 

4) Elemen Mempertahankan Diri

Demi kelangsungan untuk
mempertahankan orang Melayu dan kesucian agama Islam, elemen mempertahankan
diri mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat Melayu. Seni pertahanan
diri seperti silat disertai dengan beberapa amalan kebatinan. Seterusnya amalan ilmu kebal turut
menjadi sebahagian ilmu dalam masyarakat Melayu untuk mempertahankan diri.
Sehingga dikatakan bahawa ilmu kebal di Johor tersebar luas sehingga ke Pahang.
Hal ini dibuktikan apabila Haji Salleh telah berhijrah ke serata tempat untuk
mengajar ilmu kebal dan memberikan ceramah untuk meningkatkan semangat juang
orang melayu. Penduduk kampung mempelajari ilmu kebal ini atau dikenali ‘ilmu
tak lut senjata’ penting apabila menghadapi situasi cemas. Antara objek yang
digunakan untuk menjadikan seseorang pengamal itu menjadi kebal ialah kain
selendang merah, cincin, potongan ayat daripada al-Quran, dan suntikan jarum emas.17 Minuman air jampi iaitu air penebat
bertujuan menyuntik semangat perjuangan orang Melayu kerana air tersebut telah
di bacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran. Pada September 1946, Syeikh/Syed
Idris yang berketurunan Jawa mula mengajar ilmu kebal serta mistik Melayu di
daerah Kuala Kangsar, Perak. British juga menganggap pengamalan ilmu kebal ini
merupakan satu ancaman kepada mereka. Kedua-dua komuniti Melayu-Cina ini telah
memperluaskan lagi seni mempertahankan diri seperti silat dalam kalangan orang
Melayu dan bermain tembong dalam kalangan orang Cina.

Selain itu, beberapa alim ulama
serta orang tua berhimpun di sesebuah rumah untuk memulakan pengajian dalam
ilmu mempertahankan diri termasuk juga ilmu membunuh musuh serta ilmu kebal.
Rumah yang digunakan untuk berhimpun bagi mempelajari ilmu kebal ialah di rumah
Imam Hj. Bakri Sendiri di Parit 8B Sg Manik. Ilmu kebal bertujuan untuk menahan
diri daripada sebarang tikaman senjata, peluru atau seumpamanya yang tidak akan
memberi bekas dan kesan. Menuntut ilmu kebal dan ilmu pertahanan lain bukan
sahaja mendapat sambutan di satu mukim sahaja tetapi juga di mukim-mukim lain.
Tempoh mempelajari ilmu ini mengambil masa yang panjang. Oleh itu, persiapan
keperluan seperti dijangkakan iaitu pakaian dan senjata.

 

5) Pakatan Islam

Antara pakatan yang digerakkan oleh
orang Islam ialah gerakan fisabililllah atau perang jihad. Cheah Boon Kheng
mentafsirkan, gerakan fisabilillah sebagai anti-Cina dan anti-MPAJA.18
Gerakan fisabilillah telah berjaya menyatukan orang Melayu dalam menghadapi
konflik Melayu-Cina dan bukannya gerakan menentang British. Gerakan ini
bermatlamat untuk mempertahankan agama Islam akibat daripada pembunuhan kejam
serta penyiksaan ke atas mereka. Tok Janggut di Kuala Muda, Kedah merupakan
ulama tempatan yang turut sama menyemaikan fisabilillah kepada penduduk
setempat menjelang akhir tahun 1943.

Seterusnya adalah Persatuan Tenaga
Makatul Musyarrafah yang telah dibentuk oleh Haji Abdul Samad Noh dan beberapa
dengan ulama yang lain. Pembentukan persatuan ini bersama-sama dengan
pelajar-pelajar Melayu dan Indonesia ketika menuntut di Madrasah al-Saulatiyah
al-Hindayah, Mekah. Matlamat pembentukan adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu
dan Indonesia. Mereka juga merupakan gerakan yang menentang Malayan Union.

Hizbul Muslimin kemudian di
tubuhkan pada 14 Mac 1948, bertujuan untuk menuntut kemerdekaan bangsa melayu,
membentuk masyarakat berdasarkan ajaran Islam. Selain itu, penubuhan ini
juga bertujuan menjadikan Tanah Melayu sebagai Darul Islam atau Negara Islam
dan menyatukan umat Islam dalam satu ideologi. Pemimpin Hizbul Muslimin ialah
Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Haji Ariffin Haji Alias, dan Daud Jamil. Parti ini
hanya bertahan selama enam bulan sahaja kerana telah diharamkan oleh British
tetapi matlamatnya untuk menyatukan umat Islam berjaya dicapai.19

 

6) Gerakan Tentera Sabil Selendang Merah

Gerakan ini dipelopori oleh Haji
Salleh bin Abdul Karim yang tinggal di Parit Maimon, Simpang Kiri, Batu Pahat.
Matlamat penubuhan gerakan tersebut ialah untuk menyekat keganasan tentera
Bintang Tiga. Haji Salleh telah mengabungkan penduduk Tanah Melayu yang terdiri
daripada dua suku yang berlainan iaitu Jawa dan Banjar. Orang Banjar dan Jawa
dari dahulu membenci orang Cina dan tahap sentimen agama mereka amat tebal. Beliau
telah membahagikan beberapa pasukan yang diberi tugas mengawal kawasan
tertentu, iaitu kawasan Johor selatan, Johor timur, dan Johor utara. Ketua akan
memakai gelaran Kyai yang menjadi pemimpin di kawasan tersebut. Mereka juga
digalakkan menggunakan apa sahaja senjata yang dimiliki seperti parang panjang,
senapang patah, lembing, pedang, keris, sundang dan tombak. Setiap anggota
Tentera Selendang Merah ini di kehendaki patuh dan menunaikan segala tindakan
berteraskan pada kitab suci al-Quran. Ketua wilayah iaitu Kyai akan memimpin
orang-orang di kawasan masing-masing untuk bersembahyang jemaah di surau.20 Selepas sembahyang isyak , mereka
diajarkan ayat-ayat al-Quran yang telah di tentukan bacaannya. Sebaik sahaja
mereka ini tamat mempelajari ayat-ayat suci Al-Quran, barulah mereka akan
ditauliahkan dalam satu upacara menyampaikan selendang merah, iaitu sehelai
kain selebar kira-kira empat inci dan panjangnya cukup untuk diselempangkan
dari atas bahu kanan hingga ke bawah ketiak kiri. Kain ini bertulis ayat-ayat
al-Quran dan kepada mereka yang lulus ujian boleh terus menggunakan selendang
merah tersebut tetapi hendaklah patuh kepada aturan dan menjauhi pantang
larang.

Pada keseluruhannya kira-kira 80
peratus tentera ini menggunakan parang panjang sebagai senjata utama, 10
peratus menggunakan senapang patah dan 10 peratus lagi menggunakan lembing,
pedang, keris, tombak dan sundang.21
Senjata orang Cina adalah seperti lembing, tat dan serampang manakala orang
Melayu bersenjatakan keris, golok dan parang. Oleh sebab senjata yang di
gunakan lebih tertumpu kepada parang panjang sehingga kini telah menjadi
ingatan zaman dikenali sebagai ‘zaman perang parang panjang’. Ketika ini
senjata-senjata tersebut dikatakan mempunyai kesaktian dan berlaku peristiwa
pelik serta aneh. Panglima Kyai Salleh sendiri telah menggunakan pedang hikmat
yang dihadiahkan oleh ibunya yang dikatakan boleh dilipat dan dililit seperti
tali pinggang. Bukti gerakan Selendang Merah ini adalah semasa panglima Kyai
Salleh dan Kyai Mashhudi telah mengumpulkan tenteranya untuk menyerang Parit
Sulong iaitu sebuah pekan kecil di Batu Pahat yang didiami ramai orang Cina.
Serangan ini memihak kepada Gerakan Selendang Merah memperoleh kemenangan dan
memeranjatkan orang Cina. Panglima Kyai Salleh telah melakukan serangan
besar-besaran di Bandar Panggaram kerana merupakan lokasi kubu terkuat orang
Cina.22
Kemudian disusuli serangan di Parit Jawa. Serangan demi serangan dilakukan oleh
gerakan ini sehingga Dato, Onn Jaafar masuk campur supaya gerakan membunuh orang
Cina ini tidak diteruskan. Usaha Dato, Onn Jaafar ini berjaya menghentikan
Gerakan Tentera Selendang Merah. Pada 23 ogos 1945, Dato’ onn telah memanggil
semua penghulu bagi mewakili orang Melayu, ketua Bintang Tiga, dan ketua orang
Cina ke Dewan Perniagaan Cina di Bandar Penggaram untuk berbincang. Dalam rundingan tersebut
ketiga-tiga ketua tersebut setuju untuk berdamai.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, peranan Islam begitu penting dalam
pergaduhan orang Melayu-Cina di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun.
Peneguhan Islam begitu penting dalam mempertahankan survival orang Melayu
daripada ditindas dan dicabuli. Malah, pelbagai cara dan peranan yang dilakukan
oleh orang Islam bagi menegakkan kesucian agama Islam yang dianggap sebagai
satu jihad ke jalan Allah. Konflik orang Melayu-China 1945-1948 merupakan jihad
pertama orang Melayu. Implikasi daripada rentetan peristiwa rusuhan kaum ini
orang Cina merasa takut dan bimbang apabila berlaku krisis dan ramai dalam
kalangan mereka menjadi gila, cacat, tempang dan sebagainya. Sehinggakan orang
Cina menjadi begitu sensitif apabila mendengar orang melayu bertakbir kerana
suara tersebut mereka gerun  disebabkan
hampir-hampir memusnahkan keturunan mereka.23
Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku adalah kesinambungan daripada konflik etnik
ini pada tahun 1945-1948. Hal ini melihatkan jihad pertama orang Melayu
tersebut ternyata gagal mempertahankan rusuhan kaum yang berlaku.

 

1 Ho
Hui Ling, “Masyarakat Majmuk di Tanah Melayu dan
Usaha ke Arah Memupuk Kerjasama Antara Kaum, 1946-1957”,
Sejarah, No. 17, 2009, hlm. 64.

2 Ho
Hui Ling, “Jawatankuasa
Perhubungan Kaum (Communities Liaison Committee/CLC): Satu Penilaian Awal
Terhadap Peranannya Dalam Mengurangkan Ketegangan Hubungan Kaum di Tanah Melayu
pada Zaman Darurat, 1948-1960”,
Malaysia dari Segi Sejarah, Bil. 35, 2007, hlm. 86.

3 Ibrahim
Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka
Antara, 1981. hlm. 32.

4 Kamaruddin
Bin Mohd Piah, 1974/75, “Kampung
Bekor Sejak 1900, Satu Kajian Sejarah Tempatan Dengan Rujukan Khas Kepada
Tragedi 6hb Mac 1946”,
Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, hlm. 62.

5 Suzani
Osman, Perkembangan Kesedaran Politik Dikalangan Orang Melayu Di Batu Pahat,
Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994/1995, hlm. 63.

6 Mohamed
Ali Haniffa, “Konflik
Melayu-Cina 1945-1948: Kesedaran ke Arah Survival Bangsa dan Kemerdekaan Tanah
Air”,
Kertas Kerja DiBentangkan Dalam Seminar Wacana Kemerdekaan, 23 September 2011,
Anjuran Jabatan Sejarah Universiti Malaya, hlm. 1.

7 Ibid.

8 Mohamed
Ali Haniffa dan Mohammad Redzuan Othman, “Islam
dan Survival Bangsa: Peranan Pemimpin Agama dalam Membangkitkan Kesedaran
Menghadapi Konflik Melayu-Cina 1945-1948”,
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV, 25-26 November 2011, Anjuran Jabatan
Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm. 281.

9 Mohamed
Ali Haniffa dan Mohammad Redzuan Othman, “Islam
dan Survival Bangsa: Peranan Pemimpin Agama dalam Membangkitkan Kesedaran
Menghadapi Konflik Melayu-Cina 1945-1948”,
hlm.  281.

10 Ibid

11 Mohamed
Ali Haniffa, “Konflik
Melayu-Cina 1945-1948: Kesedaran ke Arah Survival Bangsa dan Kemerdekaan Tanah
Air”,
hlm. 5.

 

12 Ghazali
Bin Basri, Hilir Perak: Sejarah Hubungan Ras Zaman Pendudukan Jepun Sehingga
Pemerintahan Tentera British (BMA), 1942-1946, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah,
Universiti Malaya, 1974/75, hlm. 38.

13 Ghazali
Bin Basri, Hilir Perak: Sejarah Hubungan Ras Zaman Pendudukan Jepun Sehingga
Pemerintahan Tentera British (BMA), 1942-1946, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah,
Universiti Malaya, 1974/75,  hlm. 34.

14 Ibrahim
Mahmood,  Sejarah Perjuangan Bangsa
Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1981, hlm. 200.

15 Mohamed
Ali Haniffa, “Konflik
Melayu-Cina 1945-1948: Kesedaran ke Arah Survival Bangsa dan Kemerdekaan Tanah
Air”,
hlm. 5.

 

16 Ibid.,
hlm. 282.

17 Mohamed
Ali Haniffa, “Konflik
Melayu-Cina 1945-1948: Kesedaran ke Arah Survival Bangsa dan Kemerdekaan Tanah
Air”,
hlm. 6.

18 Mohamed
Ali Haniffa dan Mohammad Redzuan Othman, “Islam
dan Survival Bangsa: Peranan Pemimpin Agama dalam Membangkitkan Kesedaran
Menghadapi Konflik Melayu-Cina 1945-1948”,
hlm. 285.

19 Ibid.

20 Ibid.,
hlm. 11.

21 Ibid.,
hlm. 10.

22 Suzani
Osman, Perkembangan Kesedaran Politik Dikalangan Orang Melayu Di Batu Pahat,
Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994/1995, hlm. 80.

23 Hairi Abdullah, “Kebangkitan dan gerakan tentera Selendang
Merah dalam sejarah daerah Muar dan Batu Pahat,” hlm. 15.

x

Hi!
I'm Barry!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out